February 29, 2012
Anugerah Terulung
Manusia tidak dapat lari daripada cinta. Ia merupakan anugerah yang
tiada tolok bandingannya. Semua orang mahu menyintai dan dicintai. Cinta
yang datang daripada hati yang tulus suci memberikan kedamaian serta
ketenangan. Cinta kepada Tuhan membawa kepada cinta kepada diri,
keluarga dan kehidupan sekeliling.
Menurut Datuk Dr Fadzilah Kamsah, Pengarah Excel Training Centre,
manusia dicipta dengan unsur fizikal, mental, intelek, rohani dan
sosial. Manusia mempunyai emosi yakni perasaan dan kerohanian yang
membuatkan mereka tidak dapat hidup tanpa cinta. Tiada sesiapa pun boleh
menafikan hakikat ini.
Tambahnya lagi sejahat-jahat manusia sekalipun nun jauh di sudut hatinya
akan timbul suatu perasaan yang disebut cinta. Bukan itu sahaja hatta
sebuas-buas binatang sekalipun mempunyai perasaan cinta serta kasih
sayang terhadap anak-anaknya dan pasangan.
Cinta teragung merupakan cinta yang suci kepada Allah sebagai Pencipta
sekalian alam. Cinta ini tiada tolok bandingannya malah tidak dapat
dibeza atau dibandingkan dengan cinta terhadap lain,
sekiranya manusia cinta dan sayangkan dirinya, mereka
perlulah seimbangkan lima aspek iaitu:
*1. Fizikal*
Dari segi fizikal mereka hendaklah menjaga luaran seperti mandi
bersih-bersih, berpakaian yang cantik dan sesuai dengan diri. Menjaga
makan dan minum seperti kurang makan makanan berminyak atau
berkolesterol tinggi, cukup rehat dan tidur.
*2. Intelektual*
Manusia yang cinta pada diri akan merangsangkan keintelektualannya. Dia
akan berfikir dengan cara yang terbaik serta berfikir perkara-perkara
yang positif. Mereka juga tidak akan mensabotaj diri dengan bercakap
kotor dan membuat gurau senda yang memperbodohkan diri. Mereka juga
tidak akan bercakap sia-sia kerana semuanya itu merugikan diri mereka
dan orang lain.
*3. Mental*
Dari segi mental pula, mereka yang sayangkan diri akan belajar untuk
mempertingkatkan ilmu yang ada. Mereka juga akan rajin bertanya tentang
sesuatu perkara yang tidak diketahui atau kurang difahami. Sering
menghadiri majlis-majlis ilmu untuk menambahkan ilmu di dada.
*4. Rohani*
Untuk mengisi ruang kerohanian mereka akan mengerjakan segala tuntutan
yang dapat memberikan ketenangan dan keharmonian. Manusia perlu
mengerjakan tuntutan agama seperti sembahyang lima waktu.
*5. Sosial*
Interaksi sosial juga penting bagi sesiapa sahaja yang cinta dan
sayangkan diri
mereka. Mereka perlu mempunyai hubungan sosial yang baik dengan
masyarakat sekeliling. Misalnya dengan jiran, rakan-rakan, ibu bapa
serta saudara.
February 28, 2012
Pengertian @ Definasi
Anda tidak sakit sewaktu jatuh cinta kerana anda tidak jatuh.
Cinta mudah dilahirkan melalui perbuatan daripada kata-kata.
Di mana ada cinta, di situlah ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata.
Cinta seperti bunga mawar, harum tetapi dikelilingi duri.
Percintaan seperti permainan badminton, kedua-duanya saling tipu-menipu.
Cinta berakhir dengan rumahtangga tetapi nafsu hanya mampu membina rumah.
Cinta tidak mungkin mengalir daripada hati yang kecewa.
Cinta tidak mengedut atau mengendur. Yang mengedut atau mengendur adalah
kulit kita.
February 27, 2012
Lihat langit biru,
Aku merindukanmu,
Lihatlah diriku,
Yang tak bisa melupakanmu.
Mungkinkah aku ada di hatimu,
Wahai sayangku.
Pada diriku,
Aku beruntung mengenali,
Menyayangimu sepenuh hatiku,
Tiada sesalan aku mencintaimu.
Mungkin rasa ini tiada padamu,
Dan mungkin telah kau berikan pada insan lain,
Tapi percayalah aku tidak kecewa,
Malah aku gembira melihat dan mendengar kebahagiaanmu.
Malah,
Aku terus-terusan berdoa,
Moga kasih mu bersamanya berpanjangan,
Dan ikatan suci yang akan menyusulimu.
Akan aku hadiahkan dikau,
Tangisan air mata bahagia,
Luahan luka yang sempurna,
Mengiringi ke pintu perpisahan kita nanti.
Andai satu hari nanti kau berpaling,
Dan aku muncul di ingatanmu,
Jangan pernah kau menangis,
Kerna aku tidak pernah menyesal mencintaimu.
Cinta itu....
Cinta itu misteri. Tidak berbentuk tapi di cari, tidak bernyawa tapi hidup, tidak tajam tapi mampu melukai, tidak mekar tapi mewangi.
Cinta bukan seperti sekuntum bunga, mekarnya tak lama, layunya tiada makna. Cinta sejati mekar selamanya.
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.
Setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia.
BerSyukur......
Bersyukurlah Anda yang merasakan CINTA,memberi CINTA kepada orang-orang
di sekitar dan menerima CINTA dari orang-orang di sekitar.
Cinta itu HADIR setiap saat
Cinta itu TERASA dalam tindakan
Cinta itu TERUCAP dalam senyuman
Cinta itu BERSINAR dengan tatapan
Cinta itu HANGAT dalam dakapan
Cinta itu MENYENGAT lewat belaian
Jangan terlalu meratap atas kegagalan bercinta. Cinta kepada manusia dan
daripada manusia, tak pernah kekal.Jadi untuk apa kita bersedih, meratap
untuk sesuatu yang tak pernah jadi milik kita?
Ayat-ayat jiwang buat girlfriend atau boyfriend
Aku tak pernah menyesal mencintaimu, yang kusesali mengapa tidak sejak
dulu aku mencintaimu.
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari
pemberian atau hadiah semata.
Dalam hatiku terdapat rasa cinta yang hebat terhadapmu. Adakah kau juga
berperasaan begitu?
Janganlah kau permainkan cintaku. Ketahuilah cintaku terhadapmu adalah
tulus dan suci.
Ketika aku sendirian, hanya wajahmu yang indah yang kufikirkan.
Jangan putus asa dengan CINTA. Bahagialah terlebih dahulu dengan dirimu,
dan kamu akan menarik seseorang untuk berbahagia denganmu.
Cinta adalah caraku bercerita tentang dirimu, caraku menatap kepergianmu
dan caraku tersenyum saat menatap wajahmu
Cinta letaknya di hati, meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas
sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan
kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari
Cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk
menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan
berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.
Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata.
Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya
indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
Cinta itu bukanlah menyayangi yang sempurna tapi cinta itu menyayangi
yang tak sempurna menjadikannya lebih sempurna
February 26, 2012
SesungguhNye
Sungguh aku cinta kamu
Disini aku menunggumu
Termenung memikirkan kamu
Terbayang selalu wajahmu
Tak akan lelah ku memujamu
Bagi hatiku kaulah hidupku
Sampai kapankah harus kunanti
Datangnya cinta tulus darimu
Dengarkan rintihan dihatiku
Bertahan mengharapkan cintamu
Ku menunggu..
Sungguh aku sayang kamu
Disini aku menantimu
Setiap waktu aku rindu
Selalu ingin bertemu kamu
Ku menunggu..
Ku menunggu..
Ku menunggu..
Ku menunggu..
Ku menunggu..