Bukan mudah untuk kita melupakan kekasih
lama. Kekasih yang telah kita kenal sejak sekian lama, tiba-tiba pergi
begitu sahaja. Perhubungan yang dibina selama ini, putus seperti tidak
ada apa yang pernah berlaku.
Walaupun hidup mesti diteruskan, tetapi
hati dan fikiran masih tetap teringat pada si dia. Orang yang pernah
kita sayang, orang yang pernah kita gaduh, orang yang pernah kita
mengusik dan bermanja. Bukan mudah untuk melupakan semuanya, kan?
Tetapi jika anda betul-betul ingin melupakan si dia, di sini saya kongsikan 12 cara bagaimana untuk melupakan kekasih lama.
1. Senaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan selama ini yang anda tidak pernah lakukan: Selama
anda berkenalan dengan kekasih lama, anda mempunyai banyak perkara yang
ingin anda lakukan. Tetapi disebabkan kekangan masa dan komitmen dalam
perhubungan membuatkan anda tidak berkesempatan untuk melakukannya.
Dengan menyenaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan ini akan
membuatkan anda dapat melihat betapa banyaknya perkara lain yang boleh
anda lakukan selain mengingati kekasih lama yang tidak lagi bersama
anda.
2. Ceriakan diri anda: Memang
sukar untuk melalui hari-hari tanpa si dia di sisi. Diri terasa sepi,
sunyi tanpa teman. Tetapi hidup mesti diteruskan. Walaupun pelbagai
dugaan yang dilalui, anda perlu kuat untuk meneruskan kehidupan anda.
Mulakan sesuatu yang baru. Sekurang-kurangnya anda akan rasa gembira
kerana mempunyai pengalaman baru.
3. Jumpa dengan kawan-kawan lama: Atau
berjumpa dengan kawan-kawan baru anda. Salah satu cara untuk anda
berkenalan dengan kawan baru adalah dengan menyertai persatuan atau
kelab yang sama minat dengan anda. Mungkin anda minat pada kucing. Jadi
apa kata anda cari fanpage peminat-peminat kucing di Facebook
seperti Dunia Kucing contohnya, dan berkenalanlah dengan peminat-peminat
kucing yang lain.
4. Brainwash dan gunakan akal logik untuk menghilangkan perasaan sedih:Jika
pasangan anda sebelum ini menyusahkan hidup anda, jadi mudah untuk anda
melupakannya. Apa yang perlu anda lakukan adalah imbas kembali
benda-benda negatif yang menyakitkan hati yang pernah si dia lakukan.
Itu akan membuatkan anda semakin menyampah untuk ingat pada kekasih lama
itu. Tetapi, jika si dia merupakan seorang yang baik, mungkin sukar
sedikit untuk anda melupakannya. Anda perlu gembira kerana anda
diberikan peluang untuk berjumpa dan berkenalan dengan seorang kekasih
yang baik hati. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin
kebaikan yang anda terima dari si dia selama ini adalah untuk
menjadikan anda lebih kuat untuk perhubungan anda yang akan datang.
5. Hargai dirinya: Walau
apapun yang pernah berlaku antara anda dengan si dia, maafkanlah segala
kesilapan dan kesalahannya. Jika anda berani, berjumpa dan berdepan
dengan dia. Nyatakan kepadanya yang anda selama ini sangat terasa hati
ketika bersama dengannya. Tetapi, katakan juga yang anda telah pun
memaafkan segala kesilapan yang telah si dia lakukan. Ini akan
membuatkan diri anda rasa lebih lega kerana telah memaafkan dan
membebaskan perasaan dendam yang tersimpan dalam diri anda selama ini.
7. Pandanglah jauh ke depan: Ingatlah,
kehidupan ini adalah untuk memberi dan menerima. Tidak semestinya
dengan bercinta sahaja akan membuatkan diri anda ceria. Ada banyak lagi
perkara lain yang membolehkan anda untuk pergi jauh ke depan. Jadikan
segala apa yang berlaku pada diri anda selama ini sebagai pengajaran
yang bermakna dalam diri anda. Secara tidak lansung, perasaan sedih dan
kerisauan anda akan hilang dengan sendirinya.
8. Kuatkan semangat: Jangan
mudah untuk putus asa dan berhenti berharap. Anda perlu kuatkan
semangat anda. Walaupun si dia telah pergi meninggalkan anda, tetapi
anda sebenarnya masih mempunyai perkara lain yang boleh menggembirakan
hati anda. Kembalilah semula mengingati Allah Yang Maha Esa. Mungkin
selama ini anda lalai dan lupa kepada siapa yang patut anda curahkan
perasaan dan derita. Kembalilah kepadaNya, dan bersyukurlah kerana Allah
masih menyanyangi anda dengan memberikan ujian-ujian seperti ini agar
anda tidak terpesong jauh dariNya.
9. Elakkan dari bercerita tentang kekasih lama anda: Benda
yang berlalu, usahlah dikenang. Yang pergi, biarkan ia berlalu pergi.
Janganlah anda asyik berceritakan tentang kekasih lama anda kepada
rakan-rakan anda. Semakin banyak anda ceritakan kisah-kisah lama dengan
rakan-rakan, semakin meluat dan rimas mereka rasa. Jangan pula sampai
rakan-rakan meninggalkan anda pula. Apabila anda keseorangan, semakin
sukarlah untuk anda melupakan pasangan anda itu nanti.
10. Padamkan kesemuanya: Ya,
padamkan segala mesej-mesej SMS, panggilan telefon, atau no phone si
dia dari handphone anda. Ianya mungkin pedih, mungkin sukar, tetapi itu
adalah kebaikan untuk anda bagi melupakannya. Lagipun, anda tidak
memerlukannya lagi, kan? Tidak guna untuk anda menyimpan segala kenangan
itu semua dalam handphone dan laptop anda. Buangkan saja.
11. Elakkan dari bersendirian: Apabila
anda bersendirian, anda akan cenderung untuk mengingat semula kekasih
lama anda. Untuk itu, adalah lebih baik jika anda melakukan
perkara-perkara lain atau berjumpalah dengan rakan-rakan anda. Jangan
duduk bersendirian dan memasang lagu-lagu romantik yang biasa anda
berdua dengar bersama-sama pada suatu ketika dahulu. Saya tahu, setiap
pasangan pasti mempunyai “lagu tema” mereka masing-masing. Jika anda
ingin melupakan si dia sepenuhnya, elakkan dari mendengar lagu tema anda
berdua.
12. Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada si dia: Ini
mungkin satu tindakan yang drastik, tetapi ianya satu cara yang paling
terbaik untuk anda melupakannya. Buangkan segala benda yang membuatkan
anda ingat pada kekasih lama. Jika si dia pernah berikan anda jam
tangan, teddy bear, baju, atau apa sahaja, buangkan saja ke dalam tong
sampah. Jika anda masih ada perasaan belas kasihan, pulangkan semula
barang-barang itu kepada si dia. Anda tidak perlukannya lagi. Anda ingin
melupakannya. Jadi buangkan sahaja benda-benda tersebut yang tidak lagi
bermakna dalam hidup anda.
Ingatlah, walau apapun yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmahnya. Cuma kita sahaja yang belum menjumpai dan merasai kebaikan ke atas apa yang telah berlaku pada diri kita.Hidup tidak semstinya sentiasa indah. Kadang-kala kita di atas, kadang-kala kita di bawah.Memang sukar untuk melupakan orang yang kita sayang, tetapi demi diri kebaikan diri sendiri jugalah kita perlu berusaha melupakan kekasih lama.
Saya doakan agar anda tabah, dan kuat menghadapi cabaran liku-liku kehidupan dalam percintaan.
No comments:
Post a Comment