Pages

January 29, 2013

I’m sorry but i love you

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you


October 18, 2012

10 Ciri Penting Yang Sering Dicari Lelaki

Setiap jejaka punya cita rasa tersendiri semasa mencari pasangan hidupnya

Berdasarkan kajian yang dibuat, berikut disenaraikan 10 ciri yang diburu kaum lelaki pada seseorang, tanpa mengikut urutan khusus.

1. Keyakinan

Lelaki suka pada wanita yang yakin pada penampilan diri, percaya pada kemampuan sendiri dan tidak kerap menuntut pengesahan pasangan. Memang lelaki berasa seronok jika wanita bersandar kepadanya untuk sokongan di saat dirinya berasa tidak selamat. Namun, jika asyik melekat, ia begitu merimaskan!

2. Humor

Wanita yang suka ketawa dan bersenda adalah yang dapat membantu lelaki meredakan tekanan. Malah, lelaki mahukan wanita yang boleh mentertawakan diri sendiri. Jika wanita terlalu serius dan kerap berpandangan negatif pada setiap yang berlaku dalam kehidupan, ia mudah membosankan lelaki. Suntiklah keceriaan dalam hidup Cik Abang dan ia bakal menambat hati si dia.

3. Penampilan
Ia tidak dapat disangkal dan merupakan ciri penting di awal perkenalan. Lelaki menyukai wanita yang bijak mengurus dan mendandani diri serta sentiasa menjaga kebersihan. Seseorang wanita itu mungkin agak kurang cantik, namun, jika perkara di atas diambil perhatian, lelaki boleh tetap berasa wujudnya tarikan ciri-ciri kewanitaan.

4. Berdikari
Wanita yang berdikari mudah menarik perhatian kebanyakan lelaki kerana ia petanda wanita itu memiliki kehidupan tersendiri.
Kaum lelaki senang jika wanita itu memiliki kumpulan teman sendiri daripada sekadar bergantung kepada dirinya seorang. Hakikatnya, lelaki juga mahukan ruang peribadi.

5. Memahami
Lelaki mahukan wanita yang memahami dan bukan asyik merungut. Cubalah menerima lelaki itu seadanya dan buatlah perubahan kecil jika perlu, sukai apa yang dia suka dan juga sebaliknya. Mereka mencari wanita yang boleh menghargai dan menjadi penyokong, bukan wanita yang terusterusan meleteri setiap perbuatannya.

6. Jujur & setia
Tiada sesiapa yang mahukan pasangan yang tidak jujur. Lelaki juga mahukan jaminan serupa. Mereka mahukan seorang wanita yang dapat dijadikan tempat beliau bersandar harapan serta sentiasa berada di sisinya. Lihat sahaja jumlah perpisahan dan perceraian akibat tiadanya kesetiaan di antara pasangan. Maka itu, bukanlah satu kejutan ciri-ciri ini amat penting dan menjadi buruan kaum lelaki.

7. Matang
Berbual umpama si anak kecil kadangkala membuat wanita tampak comel. Namun, kebanyakan lelaki mahukan wanita yang matang dengan inti perbualan yang masuk di akal. Perbualan normal itu tidak termasuk topik yang melibatkan pakaian dan juga soal solekan. Wanita harus mengetengahkan topik yang menarik tanpa bertindak keterlaluan.

8. Mudah mesra
Dalam soal menjalin hubungan serius, ramai lelaki mahu mencari gadis bak jiran di sebelah rumah atau cakap mudahnya, seseorang yang boleh diperkenalkan kepada keluarganya. Mereka mahukan wanita yang mudah mesra, seronok ketika bersama, tidak peduli jika solekannya mula comot, santai dan mudah berasa gembira.

9. Penyayang
Wanita yang menunjukkan keprihatinan diburu kaum lelaki. Contohnya, memasak untuknya, menyeterika pakaiannya, bertanya sama ada beliau sudah makan atau ciuman apabila dirinya suram. Apabila wanita memberikan perhatian seumpama ini disulami perkara-perkara kecil lain, di samping memberikan lelaki ruang peribadi, wanita sebegini pasti mampu menambat hatinya.

10. Menyokong
Jika hubungan jangka panjang merupakan sesuatu yang difikirkannya, lelaki bakal mencari wanita yang dapat memberikan dirinya sokongan. Lelaki dalam usia 20-an tahun yang sedang bergelut dengan kerjaya, memerlukan wanita sebagai pendengar tanpa memperkecil-kecilkan dirinya.

May 03, 2012

Takkan Pisah

Sayang aku ingin berbicara kepadamu
Tentang apa yang tengah aku rasakan
Ada apa, ada apa katakanlah semuanya
Ku kan dengarkan duhai cintaku

Bila nanti orang tuamu meridhoi dengan
Apa yang ku rasakan padamu
Semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
Begitu pun orang tuaku

Kau takkan tinggalkanku
Takkan pernah, sayangku
Janjimu janjiku untukmu

Takkan ada yang pisahkan kita
Sekali pun kau telah tiada
Akan ku pastikan
Ku kan memeluk menciummu di surga

Jangan kau pergi tinggalkan aku
Bawa aku ke mana kau mau
Janji ku padamu
Jiwa dan ragaku mati pun ku mau