Pages

July 12, 2013

Cintai Isteri dengan Luar Biasa

Cuba biasakan yang tak biasa.
Cuba cuit hidung isteri…Kalau dia kata “abang ni tebiat ke?” senyum je 
Cuba sentuh tangan isteri…kalau dia kata “abang ni kenapa?” senyum je 
Cuba pandang wajah isteri dengan penuh kasih sayang sambil kenangkan betapa penatnya dia bangun dari awal pagi menyiapkan pelbagai hingga ke malam.. kalau dia kata 
“Abang ni pelik la sehari dua ni.. Abang ada sembunyikan apa-apa ke..? “ senyum dan biarkan sahaja.. 
Sebab dia tak biasa dan kita pun tak membiasakan…selepas beberapa hari cuba berhenti pula. Sudah tentu si isteri akan bertanya..kenapa abang tidak lagi mencuit..memegang dan memandang penuh kasih sayang….
Dan kita akan senyum lagi.. Masa tu lah kita akan tanya.. “Suka ke..? kalau suka abang akan teruskan hari-hari” (>.<)
******
Suami perlu ambil hati isteri dengan kata-kata, sentuhan dan perhatian. Saya tahu ramai musykil ada ke lelaki mcm ni? saya mesti akan jawab ADA..  Siapa? Saya senyum.. Saya jawab
“suami kpd isteri saya!” 
“Nah bunga untuk isteri saya!”

No comments: