Pages

July 12, 2013

Kenapa Allah Menjanjikan Redhanya Atas Redha Suami Untuk Diri Kita?

Pernahkan anda memerhatikan sekejap suami anda semasa dia sedang tidur? Matanya yang sayu terpejam pelahan. Dial ah pemimpin dalam bantera keluarga. Sepahit dan sesukar mana dirinya tetap berusaha mencari nafkah untuk keperluan kita dan anak-anak. Tak pernah kita melihat dirinya mengeluh, apalagi mengadu dan merengus tanggungjawabnya.



Pernahkah terlintas di benakmu, tubuh yang gagah, kaki dan tangan yang kuat yang sekarang terkulai kelelahan dalam lenanya, selalu bersedia melakukan apasaja demi isteri dan anak-anak tercinta. Sehingga ada kjalanya mengabaikan kepentingan dirinya sendiri. Betapa dirinya tak perduli saat peluh membuatkan tubuhnya dan bajunya basah saat bekerja mencari rezeki, sedarkah anda selama ini?
Pernahkah anda mencuba untuk memahami pengorbanannya? Pernahkah anda cuba bersyukur padanya dengan memberi satu senyuman apabila menyambutnya dan menyiapkan segala keperluannya tanpa terpaksa? Pernahkah anda mencium keringat di baju kerja yang habis dipakainya dengan perasaan haru?

Mungkin kadang dia marah padamu, tapi bukan bererti dia tak sayang lagi padamu, atau kerana dia telah punya yang lain, atau dia telah bosan pada anda. Tapi kerana terkadang dia tak tahu kemana dia berkongsi masalah dan kepenatan yang menghimpitnya.

Jadilah istri yang bijak untuknya. Hadapilah tingkah lakunya dengan penuh cinta dan kasih sayang. Jangan pernah keraskan suaramu padanya. Kerana murkanya adalah murka Allah kepadamu.

Patutlah jika Allah menjanjikan redha-Nya atas redhanya suamimu untukmu..

No comments: