Pages

September 03, 2013

SURAT

Semasa aku menjadi isteri mu, aku juga tidak mahu wang berlebih-lebihan daripadamu kerana aku punya gaji hasil titik peluhku untuk aku berbelanja memanjakan diriku. Cukuplah sekadar mampu. Kerana aku bukan mengukur kemewahan dan kekayaan itu sebagai pengukur kebahagianku.



Bakal suamiku yang budiman,

Aku juga berharap agar kamu menjaga hubunganmu dengan ibu bapamu, kerana restu ibu bapa itu perlu dalam menjalani hidup di muka bumi ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka, dan senantiasalah mencari redha mereka kerana sekiranya ibu bapa redha, TUHAN juga akan merestui perjalanan kita. Sama jugalah dengan perhubungan kamu dengan ibu ku. Janganlah kerana aku sudah sah milikmu, kamu ketepikan mereka. Sesungguhnya kerana merekalah aku membesar dengan sempurna. Berterima kasihlah kerana mereka tabah dan sabar mendidik aku, sehingga dewasa begini. Aku juga akan membalas budimu dengan melayan ibu bapamu dengan baik sebagaimana tanggungjawabku terhadap ibu ku sendiri. Sesungguhnya wajib ke atas kita untuk menghormati mertua sebagaimana ibu bapa sendiri.
Bakal pemimpinku sayang,

Poligami itu memang hak dirimu yang mutlak dan tiadalah kuasa aku menghalang hukum ALLAH. Namun sekiranya sampai keperluanmu berpoligami, berterus teranglah dengan diriku agar aku dapat membuat persediaan dari segi mental. Aku wanita yang lemah, doakan lah aku tabah dan redha ketentuan ALLAH. Aku memahami perihal keperluan lelaki sehingga dibenarkan nikah lebih daripada satu, dengan syarat berlaku adil. Adil itu bukan pada kamu yang mengadili, tapi kami isteri yang diadili. Maka berlaku adillah semampu kamu, kerana aku percaya apabila timbul kemahuan itu, kamu sudah cukup muhasabah diri, menghakimi diri sendiri dan sudah bersedia menanggung dosa isteri-isterimu. Tidaklah sanggup aku melihat lelaki yang aku cintai berjalan dengan bahu senget sebelah di hari pengadilan nanti.
Aku adalah rusukmu yang bengkok, maka luruskanlah aku dengan kasih sayang. Aku tidak diciptakan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat pula di hati untuk dikasihi. Maka kasihilah aku seadanya, selagi layak aku dikasihi.


Buat bakal suamiku,



…………………………





Cepatlah.....




1. Jangan fokus pada siapa yang harus dipilih. Tapi fokus melakukan perubahan diri yang lebih baik agar layak mendapatkan jodoh yang baik.

2. Jangan menginginkan seseorang menjadi seperti yang kita harapkan. Tapi bagaimana kita boleh menjadikan diri seperti orang yang kita harapkan.

3. Berusaha mempersiapkan diri untuk bersedia zahir batin serta berani menghadapi perkahwinan bilapun jika sewaktu-waktu jodoh telah hadir.

4. Berusaha untuk tidak patah semangat dan trauma terhadap masa lalu yang kurang menyenangkan. Bukalah lembaran baru yang lebih baik mulai hari ini dan untuk hari-hari selanjutnya.

5. Menjalin hubungan persahabatan dan persaudaraan sebanyak-banyaknya. Akan lebih baik jika banyak bergaul dengan sahabat yang baik. Siapa tahu jodoh kita berada di antara mereka.

6. Jangan terburu-buru menilai atau memberi kesimpulan kepada seseorang itu tidak layak bersama kita. Kerana sesungguhnya  jodoh itu akan hadir atas redha Allah. Sedangkan kewajiban kita hanya berikhtiar.

7. Jangan terlalu mengkhuatirkan usia. Di usia berapa pun menikah tetap baik jika kita mampu mempertanggungjawabkan pernikahan tersebut di hadapan Allah. Bagi pasangan, keluarga besar serta masyarakat.

8. Teruslah beriikhtiar dan berdoa. Kerana doa boleh mengubah yang tidak mungkin menjadi mungkin sesuai kehendakNya.

    Ya Allah..
    Dekatkanlah jodoh orang yang membaca status ini.
    Tenteramkanlah hatinya.
    Lapangkanlah dadanya.
    Bahagiakanlah hidupnya.
    Luaskan rezekinya.
    Mudahkan segala urusannya.
    Kabulkan cita-citanya.
    Jauhkan dari segala musibah.
    Jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar serta kemungkaran.







Kahwin....

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)





Kahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah yang sesuai dengan naluri manusia. Mereka yang tidak mahu berkahwin dan enggan berkahwin adalah bermakna mereka telah mensia-siakan hidupnya di dunia yang telah disediakan Allah untuk hambanya-Nya menikmati segala pengurniaan-Nya.




Islam adalah melarang ummahnya hidup membujang – tanpa berkahwin dengan tujuan untuk menjauhkan diri dari menikmati kesedapan berkelamin dan kesenangan hidup didunia serta mengelakkan diri dari menikmati kegembiraan berkeluarga dan tidak mahu mempunyai keturunan.
Dalam Islam berkahwin adalah merupakan suatu perkara yang digalakkan, kerana dengan perkahwinan itu akan berkembang biak ummah Nabi Muhammad s.a.w., dimana baginda adalah merasa bangga dan bergembira dengan sebab banyak ummatnya. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Sa’ad bin Abi Waqqas :
“Berkahwinlah kamu Maka sesungguhnya aku dihari qiamat kelak akan bergembira dengan sebab banyak ummahku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang – orang Nasrani bertapa – hidup membujang”.