Pages

September 04, 2013

Wahai Si Suami.....Knape Mencintaiku...

Pernahkah anda bertanya kepada pasangan anda, “ Suami, Mengapa Mencintaiku?” Pasti pernah kan?
Dan biasanya pertanyaan ini akan terlontar dari kita, di awal-awal waktu pernikahan ,


Dan sentiasa kita dapat mengagak macam mana tindak balas yang akan diberikan oleh si dia tercinta, Si dia mesti hanya tersenyum,
Tapi sebenarnya pasangan yang benar2-benar mencintai anda luar dalam, sebenarnya tidak tahu MENGAPA dia mencintai anda, dan apa yang telah membuatnya mencintai anda.
Itu bukan kerana dia tidak mencintai anda, ataupun dia tak tahu mengapa mencintai anda, tapi kerana cinta yang sebenar-benarnya terkadang tak mampu diungkapkan dengan kata. Tapi lihatlah sikapnya dalam melayani anda, itu sudah cukup memberi jawapan, mengapa dia mencintai anda, dan seberapa besar cintanya kepada anda. Alhamdulilah. Semoga cinta yang dibina selalu mekar. InsyaAllah.

Kenapa Perlu Berhias Untuk Suami?

Isteri kena cantik untuk Suami. Hanya untuk Suami. Tapi berapa ramai sangat di antara kita yang pakai ala kadar di rumah tapi berpakaian berhias beria-ia di luar? Bila dah macam itu, masih lagi dikira untuk suami lagi kah?


Duhai para isteri, jadilah wanita yang mampu menyejukkan hati dan pandangan suamimu. Ingatlah jutaan wanita di luar sana, rela menghabiskan waktu dan wang mereka hanya agar dapat kelihatan cantik dan memikat suami. 
Jadi, jaga suamimu,,,,
Janganlah kesibukanmu melalaikanmu untuk mengurus sejenak dirimu. Kerana ALLAH pun menyuruh seorang isteri berhias untuk suaminya…



Cinta Dan Pengorbanan


Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.

    Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.

    Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.

    Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.

    Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.

    Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.

    Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.
    Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.

    Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.

    Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.

    Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.

    Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.

    Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.

    Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.
    Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.