Pernahkah anda bertanya kepada pasangan anda, “ Suami, Mengapa Mencintaiku?”
Pasti pernah kan?
Dan biasanya pertanyaan ini akan terlontar dari kita, di awal-awal waktu pernikahan ,
Dan sentiasa kita dapat mengagak macam mana tindak balas yang akan diberikan oleh si dia tercinta,
Si dia mesti hanya tersenyum,
Tapi sebenarnya pasangan yang
benar2-benar mencintai anda luar dalam, sebenarnya tidak tahu MENGAPA
dia mencintai anda, dan apa yang telah membuatnya mencintai anda.
Itu bukan kerana dia tidak mencintai
anda, ataupun dia tak tahu mengapa mencintai anda, tapi kerana cinta
yang sebenar-benarnya terkadang tak mampu diungkapkan dengan kata.
Tapi lihatlah sikapnya dalam melayani
anda, itu sudah cukup memberi jawapan, mengapa dia mencintai anda, dan
seberapa besar cintanya kepada anda. Alhamdulilah. Semoga cinta yang
dibina selalu mekar. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment