Jika mencari yang cantik, itu BUKAN AKU,
Apalagi yang hebat dari sudut penampilan.
Jika mencari yang berdarjat, itu BUKAN AKU,
Apalagi dengan darjah pendidikan yang tinggi.
Lihat saja penampilanku,
Sederhana dan kolot bukan?
Tapi aku tak pernah risau dengan semua yang ini,,
Bahkan sentiasa terucap rasa syukur atas kurnia-Nya keatasku,
Kerana aku selalu yakin dengan semua yang telah menjadi janji dan jaminan-Nya…
Bahawa ”Jika aku boleh menjadi BAIK, maka DIA pun akan memberikan yang TERBAIK untukku”.
AKU hanyalah wanita biasa, dengan semua sifat yang sederhana,
Menjadi ‘perhiasan terindah’ dunia dan akhirat-Nya…
Meraih redha-Nya diatas keredhaan lelaki yang menjadi IMAM ku kelak…
Menjadi seorang ibu yang mampu menjadikan jambatan ”JANNAH-NYA” bagi anak-anakku kelak,,
Sederhana bukan??
Kerana, Wanita Biasa? Itulah Aku :)
No comments:
Post a Comment