1. Sentiasa berada dalam keadaan bersih
dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan
wangi supaya suami selesa dengan isteri.
2. Tunjukkan wajah yang ceria dan
senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada
susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri
sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.
3. Elakkan menarik muka masam dengan suami. Sikap begini boleh sahaja membuatkan suami menyampah.
4. Layani perbualan suami biarpun apa
yang diperkatakan bukan yang anda minati. Dengarkan sahaja kata-katanya
dan responlah bila diperlukan.
5. Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking.
6. Sediakan suasana rumah yang memberi
ketenangan buat suami. Jangan biarkan rumah berselerak atau asyik
mengharapkan pembantu rumah.
7. Masaklah hidangan mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.
8. Temankan suami anda ketika makan walaupun anda tidak ada selera untuk makan.
No comments:
Post a Comment