Pages

March 19, 2012

@@Kawal Marah@@




Cam Ner lah Nak kawl erk....
Cube Try Test Tip nie>>>>>>

* Sebelum melepaskan kemarahan, cuba fikir apakah kemarahan akan
berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.
Persoalan ini memberi ruang untuk berfikir secara rasional tanpa
membabitkan emosi semata-mata dan jika mendapat jawapannya, anda akan
lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan.

* Fikirkan sejenak kesan buruk jika melepaskan kemarahan. Apakah
tindakan melepaskan kemarahan meninggalkan kesan negatif panjang
daripada kemarahan. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya
kemarahan membabitkan perkara kecil. lebih baik lupakan saja.

* Ketika marah, cuba letakkan diri sebagai diri orang yang dimarahi.
Fikirkan mengenai jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap
anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan
kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam
keadaan sedemikian.

* Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana dianiaya, sudah
menjadi kesalahan sendiri atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai
contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula,
apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

* Ketika kemarahan anda memuncak, cuba buat kiraan satu hingga 10 dalam
hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa. Walaupun kaedah itu
tidak membantu memadam kemarahan sertamerta tetapi sekurangkurangnya ia
dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

No comments: