March 31, 2012
rindu tanpa kata
rindu ini menjengah,
mengintai dari sudut bicara,
andai terserlah kemahuanku,
atau inilah kemahuanmu jua,
kita belai rindu dari sudut berbeza
dari intunasi yang berbalam
menerusi landasan ketenangan,
terima kasih atas hadiah kerinduan ini,
aku berbahagia merinduimu,
walau tanpa kata
walau tanpa luahan,
aku berdoa moga kau jua terasa,
bahang rindu yang mencengkam,
yang membelai mindaku
yang menggasak jemari ku
mencalit-calit luahan hati,
menyatakan kerinduan
dalam pena tanpa dakwat.
Bila rindu berpanjangan,
tanpa ada noktah
tiada penamat tanpa pertemuan,
munkin penghujung rindu adalah kematianku,
Atau disitulah permulaan rindumu,
Rindu ku tidak diukur dengan skala milimeter
Jauh sekali disukat dengan isipadu dan jisim
Rinduku termaktub dalam kepuasan dan keinginan
KErinduan ku berkuantiti keikhlasan dan ketaatan,
Malah disulami dengan Keimanan dan Kesyukuran
Dalam kerinduan antara percintaan dan persahabatan
Bagaimana rindumu dan rindunya terukir dalam fikiran
Tercatatlah syafaatkah dalam rindu tanpa tujuan,
Tersingkaplah kelemahan penentuan
dalam rindu tanpa sekatan
dalam rindu tanpa haluan
padaku ....aku masih merindu
pada kau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment