Cinta memang manis & indah bila diakhiri dengan ikatan yang sah. Bagaimana pula dengan cinta yang putus di tengah jalan. Tentu perit untuk menghadapinya.. Apatah lagi putus cinta yang bekerja di satu pejabat. Mungkin dengan panduan berikut sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan gundah gulana, kepedihan & rasa kecewa yang dialami.
1. Berdamai dengan diri sendiri.
Manjakan diri anda seperti mandi sauna, urut aromaterapi dan sebagainya.
Jangan ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yang iinginkan. Usah pedulikan komen-komen daripada orang lain.
2. Hindari daripada membuat
keputusan-keputusan besar kerana keadaan anda masih dalam kedukaan dan
tentunya masih lagi dipengaruhi emosi.
3. Berbicara dengan orang-orang yang
anda percayai. Daripada mereka, anda akan mendapatkan kata-kata bijak
yang boleh menghiburkan hati.
4. Keluarlah dengan kawan-kawan lama yang dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa lebar.
5. Perbaiki penampilan diri dengan demikian akan akan lebih mempercayai diri.
6. Jangan melarikan diri dengan orang lain. Orang yang baru putus cinta cenderung ingin cepat-cepat punya kekasih baru untuk menepis kesendirian. Kesilapan besar kerana ‘pelarian’ tersebut bukanlah akan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah baru.
7. Bermesralah dengan binatang kesayangan seperti kucing, arnab dan sebagainya. Sedikit sebanyak ianya akan dapat melupakan kepedihan.
8. Menulis surat. Jika anda membenci bekas kekasih. Tulislah semua kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda.
9. Jangan ragu untuk memberi ‘komplimen’ diri sendiri. Misalnya jika anda suka bunga, belilah beberapa kuntum bunga & letakkan di mana anda suka. Ganti beberapa hari kemudian dengan bunga lain.
10. Makan tepat pada waktunya. Jangan menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan naik dengan cepat tapi jangan pula hilang selera makan kerana anda akan jadi tidak bermaya. Makanlah dengan tepat dan sihat.
11. Bersukan. Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki ‘mood’.
12. Lakukan hobi yang anda sukai seperti membaca, menonton tv, berkebun dan sebagainya.
13. Jangan ‘trauma’ oleh cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dalam hidup. Percayalah pada keajaiban cinta.
No comments:
Post a Comment