Pages

September 04, 2013

Layan Si Suami Di Rumah????

1. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.
 
2. Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.

3. Elakkan menarik muka masam dengan suami. Sikap begini boleh sahaja membuatkan suami menyampah.

4. Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda minati. Dengarkan sahaja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.

5. Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking.

6. Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan biarkan rumah berselerak atau asyik mengharapkan pembantu rumah. 

7. Masaklah hidangan mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.

8. Temankan suami anda ketika makan walaupun anda tidak ada selera untuk makan.

Aku HanyaLah Wanita Biasa.... Itulah Aku......

Jika mencari yang cantik, itu BUKAN AKU, Apalagi yang hebat dari sudut penampilan.

Jika mencari yang berdarjat, itu BUKAN AKU, 
Apalagi dengan darjah pendidikan yang tinggi.

Lihat saja penampilanku, Sederhana dan kolot bukan?
Tapi aku tak pernah risau dengan semua yang ini,, Bahkan sentiasa terucap rasa syukur atas kurnia-Nya keatasku,
Kerana aku selalu yakin dengan semua yang telah menjadi janji dan jaminan-Nya…
Bahawa ”Jika aku boleh menjadi BAIK, maka DIA pun akan memberikan yang TERBAIK untukku”.
AKU hanyalah wanita biasa, dengan semua sifat yang sederhana, Menjadi ‘perhiasan terindah’ dunia dan akhirat-Nya… Meraih redha-Nya diatas keredhaan lelaki yang menjadi IMAM ku kelak…
Menjadi seorang ibu yang mampu menjadikan jambatan ”JANNAH-NYA” bagi anak-anakku kelak,,
Sederhana bukan?? Kerana, Wanita Biasa? Itulah Aku :)

Kenapa Dia Menginginkan Cinta Yang Sederhana Sahaja?

Aku, seorang insan sederhana,
sederhana rupa mahupun harta, 


Aku tahu kenapa dia mencintaiku,
Kerana dia  sedar kekuatan cinta itu sangatlah dahsyat, Dia tidak saja mampu memberi cahaya dalam kehidupanku, Tetapi dia telah mampu membuka mata hatiku,

Maka jika hadirnya cinta berlebihan dan tak mampu ku jaga,
Maka dia boleh merosakkan kehidupanku,
Dunia dan akhiratku,

Itulah mengapa dia ingin cinta itu sederhana saja,,,
Agar cinta yang dia inginkan melampaui cinta dari Allah Yang Maha Esa.