Pages

November 13, 2011

Antara Cinta, Jodoh dan Memiliki.


Apa itu Cinta?
Cinta itu perasaan. Suatu perasaan yang hadir tanpa dipaksa atau meminta daripada sesiapa. Suatu perasaan yang membezakan antara minat, suka, kasih dan sayang kepada seseorang. Perasaan ini tidak dapat di simpulkan dalam erti bahasa mahupun dalam kehalusan seni lukisan mata. Cuma hati sendiri yang dapat merasakan dan mengatakan "inilah cinta". Bila ia hadir, tidak siapa yang mampu menolaknya. Ini lah yang di namakan nikmat cinta. Mulalah beristikharah dan muhasabah pada cinta. Adakah membawa kebahagiaan berpanjangan menuju ke langit ukhrawi atau sebaliknya.



Apa itu jodoh?
Jodoh itu satu suratan yang telah ditetapkan oleh Allah Ta'ala buat kita pasangan atau teman hidup yang menemani kita. Adakalanya ada diantara mereka menyatakan perkataan "seru". Mungkin di saat itulah tergeraknya hati kita untuk memulai suat permulaan baru melangkah ke alam yang di namakan perkahwinan.



Jodoh itu rahsia Allah?
Iya saya setuju. Kalau tidak, tidak akan wujudlah permaknaan kata Qada' dan Qadar. Sama seperti soal jangka hayat kita menghampiri kematian. Percaya akan hendaknya bermakna kita semestinya redha atas ketentuan-Nya. Jika perasaan tawaduk itu wujud dalam diri, hati dengan sendirinya akan berkata "Allah Ta'ala yang lebih mengetahuinya baik buruknya buatku". Tidak usah menangis, jangan pula berasa terkesima dengan kehadiran jodoh itu buat kita. Kerana anda akan berterima kasih jika di akhirnya anda mengetahui kenapa dan mengapa jodoh itu buat anda dan jangan terlalu takjub kerana jodoh anda itu tidak semestinya berpanjangan. Mungkin hadirnya jodoh itu buat penduga hidup kita atau bersifat sementara sahaja. Hargailah pemberian-Nya. Itu lebih menampakan lagi kezahiran rasa syukur kita kepada-Nya.

Cinta itu tidak semestinya memiliki?
Seperti yang saya katakan tadi, cinta itu cuma perasaan. Perasaan yang mungkin tidak berkekalan yang telah menjadi laluan kehidupan kita. Bukan bermakna hadirnya cinta itu, bermakna turut sekali hadir jodoh menuruti dari belakang. Dan jangan disalah ertikan apa itu cinta kerana kadangkala kita alpa serta leka dengan perasaan kita untuk lebih mencintai Allah yang Maha Esa.

Seperti yang saya katakan di entri Hakikat Bila Kecewa Dalam Bercinta, dicintai lebih mudah dari mencintai. Kerana mencintai memerlukan segenap tubuh dalam pengorbanan dan kesakitan. Daripada di cintai hanya perlu mendepa tangan menerima dengan hati yang terbuka bersama doa dan redha.




Ditemukan orang yang salah, tidak bermakna Allah Ta'ala tidak menyayangi kita. Itulah Usaha, untuk kita fikirkan di mana salah silapnya kita selama ini. Itulah hadiah seagung-agungnya daripada Allah Ta'ala. Insyaallah ~

No comments: