Pages

November 13, 2011

Erti CinTa BaGi kamu....




Semua orang mengharapkan di suatu hari nanti, Allah Ta'ala pertemukan kita dengan pasangan yang terbaik. Untuk dapatkan yang terbaik, perlu nilaikan diri kita dahulu sebelum bermimpi atau memasang angan-angan untuk ke arah itu. Cerminkan diri kita. Adakah dia sesuai dengan diri aku, sedangkan dia patut di kurniakan lebih baik dari aku ini. Apa kebaikan yang ada pada aku sehingga dia ditakdirkan untuk menemani aku selepas ini. Inilah dikatakan lumrah kehidupan.

Mencari cinta tidak semudah apa yang kita jangka. Apa erti cinta di mata saya. Selalu saya ulang pada sesiapa yang masih kabur dengan perkara mendapatkan cinta. Cinta itu ibarat bayang-bayang. Ia sentiasa berhampiran dengan diri kita. Tidak perlu kita kejar atau di cari. Kerana dia sentiasa di sisi.. Makin di cari, makin jauh dia lari. Seperti yang di perkatakan di Entri sebelum ini Cinta pasti mencari pemiliknya. Bila tiba saat dan ketikanya, cinta itu pasti hadir dari seseorang yang tidak kita jangka. Yang mampu sebagai manusia biasa, berdoa agar cinta yang di kurniakan buat kita, cinta yang ikhlas, dan bukan cinta di buat-buat atau cinta palsu.




Muhasabahlah cinta. Menilai diri dari keperibadian. Mohonlah pada pemberi cinta Allah Ta'ala, kerana cinta kerana Allah mampu membuatkan kita terasa jahilnya menilai maksud cinta sebelum ini. . Air mata cinta bermohon taubat kepada-Nya lebih di fardhukan ke atas diri kita dari mengalirkan air mata meratap cinta yang tidak kemana hala tujunya. Mungkin perasaan "cinta" ini terlalu halus untuk kita terangkan.



Pada yang masih tercari-cari di mana itu cinta. Tidak perlu keluh atau menitiskan lagi air mata. Untuk kita sebagai manusia, pasti tersedia peluang merasa bahagia. Jangan terlalu taksub menerima sesuatu perasaan sehingga segala panduan hidup kita tidak dipedulikan. Mungkin itu cuma ujian daripada tuhan untuk menguji sejauh mana ketabahan, keimanan atas nama cinta kita kepada-Nya.

No comments: